Dahulu ,
Jika rindu yang sama bertandang ,
Akulah insan paling bahagia .
Kini ,
Jika rindu yang sama bertamu ,
Akulah insan paling sengsara .
Indah mimpi itu saat terlena .
Tanpa disedari oleh realiti .
Penuh kepalsuan dan penipuan .
Namun, mimpi itu juga yang ku kejar .
Sehingga roh keletihan berlari mengejar .
Aku seakan berlari tapi seperti tidak bergerak .
Kaki terikat di tanah bumi .
Rumput melingkari, mengikat mati .
Aku kaku sendiri...mataku terus mengarah kepadamu .
Melihat bayanganmu jauh dari pandangan .
Lalu mengalir air mataku ke bumi .
Air mata yang mengalir beralih ke realiti .
Tangisan seakan benar kedengaran .
Namun, mataku terus tertutup, seakan tidak mahu bangun lagi .
Saat ketikanya aku terdengar kau sebut namaku .
berulang kali tanpa lelah .
Mataku terus tertutup rapat .
Tidak rela tertipu dengan fantasi mimpi ini .
Benarkah itu adalah kau ?
Tidak, aku tidak ingin percaya .
Aku masih dalam mimpi .
Tiba-tiba rumput yang melingkariku seakan melonggar .
Berkatalah rumput itu .
' Pergilah, jangan lagi bermimpi .
bangunlah dari lenamu .
ketahuilah dia setia bersamamu '
Ah, benarkah rumput itu bersuara .
Aku cuba menggeleng .
Namun kaku di pembaringan .
Aku cuba mengangkat kelopak mataku .
Payah! seakan makin memberat .
Kugagahi jua demi rindu ini .
dan...akhirnya aku telah berjaya .
tersedar dari mimpi yang mengikatku tadi .
Kulihat, dunia ini berbeza dari dunia tadi .
Aku mengucap syukur .
akhirnya aku terlepas dari mimpi itu .
Ku tercari dirimu .
Di manakah kau ?
Sepi menguasai diri..lau ku mendongak .
Ya...rupanya kau sentiasa di hatiku .
Tidak berganjak sekalipun .
Malahan semakin mekar dibenih rindu .
Dan kini ,
Apabila aku terlena lagi ,
aku ingin cepat sedar .
aku tidak ingin bermimpi lagi .
Kerna ku tahu .
Kau adalah realiti dalam hidupku .
Walau dirimu tidak meluahkan segalanya .
Ku tahu.. kau sentiasa mengingatiku .
Walau kau diam seribu bahasa .
Ku tahu... Kau sentiasa menyayangiku...
dan...Cinta ini mekar walau beribu batu...
Kalau selautan jadi penghalang .
kalau kerana sebenua kita terpisah .
Aku tetap yakin... hati kita tetap bersatu..
kerana kita berdua tahu...
rindu itu sentiasa berbisik...